Sunday 5 October 2014

BOT TEMPUR TLDM TERPUTUS HUBUNGAN DI PERAIRAN SABAH.



KOTA KINABALU: Sebuah bot tempur jenis CB90 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan hilang di perairan ini, tengah hari semalam.
Bot tempur dengan nombor pendaftaran CB204 itu dilaporkan hilang antara jam 10.35 pagi hingga 3 petang di perairan Pulau Mengalum, 57 batu nautika dari Labuan.
Difahamkan, ketika kejadian bot berkenaan membawa tujuh krew bagi mengiringi sebuah kapal milik TLDM untuk tugasan rondaan.
Bot terbabit berlepas dari Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar kira-kira jam 5 pagi ke gugusan Semarang Peninjau, namun meminta kebenaran untuk berpatah balik akibat cuaca buruk beberapa jam kemudian.
Sumber memberitahu BH, maklumat berhubung kejadian itu diterima pada jam 3.30 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan termasuk dengan bantuan beberapa agensi keselamatan lain.
"Pada masa sama, kapal TLDM yang bersama-sama bot tempur terbabit cuba menghubungi CB204 selain menjalankan pencarian di sekitar Pulau Mangalum dan Pulau Gaya, namun tidak berhasil," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Difahamkan, aset udara serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut dikerah dalam operasi SAR terbabit.
Sehingga lewat malam tadi, status bot berkenaan serta krew masih belum diketahui.
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, menerusi twitter mengesahkan kejadian itu.

Wednesday 1 October 2014

"WAJARKAH KERAJAAN DIBELASAH KERANA MEMBETULKAN CARA MEREKA BERSEDEKAH"

Coretan Ringkas :
LOKMAN ADAM

Dari petang tadi whatapp masuk bertalu-talu bertanyakan kepada saya adakah benar subsidi Ron 95 dan Diesel akan ditarik balik 20 Sen tengah   malam ini. Ya benar, memang subsidi ditarik balik 20 sen dan harga Ron 95 dan Diesel akan naik 20 sen. Walaupun berat hati ini hendak menjawab, suka tidak suka kita terpaksa menjelas duduk sebenar perkara ini.

Pelbagai jawapan kita boleh berikan untuk menghalalkan kenaikan ini, namun perasaan amarah rakyat tidak mungkin akan menerima berita kenaikan bahan api ini dengan fikiran yang rasional, walaupun mereka sedar sistem pengagihan subsidi bahan api kita memang tidak rasional.

Mana datang rasionalnya jika si miskin dengan si kaya menikmati nilai subsidi yang sama iaitu 47 sen seliter untuk Ron 95, sedangkan penggunaan si kaya berlipat kali ganda lebih besar dari si miskin.

Mana datang rasionalnya jika warga kita terpaksa berkongsi kadar yang sama dengan warga asing, sedangkan kitalah yang terpaksa membayar cukai bukannya mereka. Sejauh mana arahan penguasa agar mereka hanya menggunakan minyak tanpa subsidi kita, Ron 97 dipatuhi. Paling cuma, sekadar di stesyen minyak bersempadan dengan negara asal mereka.

Suka tidak suka kita kena terima hakikat bahawa subsidi bahan api tidak boleh diagih secara pukal lagi. Kek kekayaan ekonomi negara harus diagihkan mengikut 'Fiqh Alaulawiyaat' iaitu mengikut urutan keutamaan. Mereka yang susah harus diberi keutamaan berbanding dengan mereka yang senang.

Hari ini, jika subsidi pukal untuk Ron 95 berkadar 47 sen, pemilik kancil hanya akan menerima RM11.19 jika tangki penuh mereka muat diisi dengan Ron95 sebanyak RM50. Manakala rakyat golongan sederhana menikmati subsidi sebanyak RM33.57 jika mereka mengisi tangki penuh Perdana V6 mereka sebanyak RM150.  Ya, 3 kali ganda lebih tinggi. Ini belum lagi jika seseorang itu menggunakan BMW, Mercedese, Land Crusier dan kereta mewah lain. Lagi besar kenderaan mereka, lagi banyaklah duit rakyat yang terpaksa digunakan untuk subsidi mereka yang lebih berada.

Dimana letaknya keadilan untuk mereka yang hanya mampu membeli motosikal atau yang langsung tak mampu membeli sebarang kenderaan.

Salahkah jika kerajaan mula sedar sekarang bahawa selama hari ini mereka bersedekah lebih kepada si kaya berbanding dengan si miskin dan sudah tiba masanya kesilapan silam ini diperbetulkan secara berperingkat?

Setiap tahun kita dicemuh kerana gagal mengemukakan bajet berimbang atau dengan bahasa rakyatnya, bajet yang memaparkan unjuran pendapatan melebihi unjuran perbelanjaan.  Setiap kali belanjawan defisit dibentangkan di Parlimen, kerajaan dikecam sebagai tidak cekap dan tidak berhemah dalam berbelanja.

Pernahkah ada sesiapa perasaan bahawa kegagalan kita mengemukakan bajet berimbang ini boleh kita akhiri bila-bila masa dengan berhenti bersedekah berlebih-lebihan?  Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa setiap tahun kerajaan akan bersedekah hampir 20% daripada pendapatan negara dalam bentuk subsidi.

Jika penarikan subsidi sebanyak 20 sen malam ini tidak dilakukan, untuk tahun ini sahaja, kita menjangkakan sebanyak 22.34 Billion ringgit terpaksa kerajaan belanjakan untuk subsidi Ron95 dan diesel. Dan itu hanya sebahagian daripada lebih kurang 40 billion ringgit yang kerajaan peruntukkan bagi keseluruhan subsidi 2014.

Saya akan bantah jika subsidi RM6 bagi setiap kampit 10kg beras ST Super Tempatan 15 ditarik balik.  Kerana subsidi ini dinikmati oleh rakyat biasa.  Si kaya sudah pasti akan menggunakan Basmathi atau Beras Wangi Siam, bukan ST15.  Kita juga boleh membantah jika subsidi tepong, subsidi minyak masak serta subsidi gas masak ditarik balik.  Namun dimana kewajarannya, jika kita membantah kerajaan menarik balik subsidi yang dinikmati LEBIH! oleh golongan yang berada berbandingan golongan miskin?

Memang senang untuk kita lemparkan cemuhan serta makian terhadap PM kita bila subsidi bahan api ini ditarik balik.  Namun bila kita berjaya menjimatkan 4 billion ringgit tahun ini melalui penarikan subsidi Ron95 dan Diesel tahun lepas, penerima BRIM yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000 juga yang merasa nikmatnya bila bantuan BRIM mereka dinaikkan dari RM500 ke RM650.

Begitu juga bila PM mengumumkan subsidi gula ditarik 34 sen tahun lepas, rata-rata yang memaki beliau sebenarnya menggunakan gula tidak sampaipun 2kg sebulan.  Yang rakyat tak sedar, sebenarnya kita berhenti bersedekah pada kilang biskut, kilang buat jem, kilang buat kordial serta kilang-kilang minuman berkarbonat yang menggunakan beribu kilogram gula sehari.  Sungguhpun PM dimaki, namun akhirnya bila kerajaan dapat menjimatkan 480 juta ringgit melalui penarikan subsidi gula tersebut, yang dapat nikmatnya rakyat yang berpendapatan rendah melalui pembinaan 70 biji Klinik Rakyat 1 Malaysia.

Sahabat....bukan semua benda yang kita nampak dengan mata kasar kita tidak baik dilakukan oleh kerajaan, maka ianya tidak baik untuk kita.   Dan bukan semua benda yang kita lihat dengan mata kasar kita itu baik, sebenarnya belum tentu ianya baik untuk kita.

Thursday 8 May 2014

Jauh di sudut hati,,,,


Aku kecewa dengan sikap mu,,,
lalu ingin ku memujuk diri,,
melupa kan kata kata sinis mu,,,
yang amat menghiris hati,,,

Semakin ku cuba melupa kan,,
semakin menyarat dalam ingatan,,,
ku kira hati mu sejernih embun pagi,,,,
yang berkilau dek sapaan mentari,,

rupa tidak seperti yang ku kira,,,,
kau hanya pandai bermain dengan kata kata,,,
hingga meluka kan hati ku,,,,
apakah kau puas berbuat aku bergini?,,,

kini ku sedar kepuraan mu,,,
sungguh,,selama ini aku silap menilai dirimu,,,
ku akui diri mu hanya insan lemah,,,
yang tak lepas dari membuat kesilapan,,,

dan aku ingin melupa kan mu,,,
dengan memberi kan kemaafan buat mu,,,
namun jauh di sudut hati kecil ini,,,,
aku tersentuh hati,,,,


Kerana Kamu,,,,


Dulu,,,,setitik harapan itu ku tujukan pada mu,,,
seiring berjalan nya waktu,,,
harapan itu semakin indah bersama cinta mu,,,
harapan untuk bisa bersama mu,,,

Tapi harapan itu sudah hilang,,
ketika ku tahu kau menjadi milik nya,,
hati ini rapuh tanpa mu,,,
rasa ini seperti tak mampu berdiri lagi,,,
meraih rasa,,,

sayap sayap cinta ku,,
tanpa hadir nya diri mu,,,
tanpa cinta di samping ku,,,
bagai kan malam tiada bulan,,
bagai kan malam tiada bintang,,,,

Antara pagi dan malam hari,,,,

Tenang kan lah hatiku,,,,kerana langit tak pun mendengari,,,
tenang lah wahai hati,,,kerana bumi di bebani dengan ratapan kesedihan,,
dia tak akan melahir kan melodi dan nyanyianmu,,,

Tenang la hati ku,,, kerana roh roh malam tak menghirau kan bisikan rahsiamu,,,
dan bayang bayang tak henti di hadapan mimpi mimpi,,,

tenang lah hati,,,,
tenang lah hingga fajar tiba,,,kerana dia yang menanti pagi dengan sabar,,
dan akan menyambut pagi dengan kekuatan,,,
dia yang mencintai cahaya dan di cintai cahaya,,,,

bangkit la wahai hati ku,,,
bangkit dan berjalan bersama fajar,,kerana malam,,
telah berlalu,,ketakutan malam lenyap bersama mimpi gelap nya,,

bangkit lah hati ku,,,
dan lantang kan suara mu,,dalam nyanyian,,
kerana hanya anak anak kegelapan yang gagal
menyatu kan ke dalam nyanyian sang fajar,,



Wednesday 7 May 2014

Kehilangan,,,,

Tiada lagi senda tawa mu,,,
tiada lagi belaian kasih sayangmu,,
tiada lagi perhatianmu,,,
dan tak akan ada lagi hari hari ku bersamamu,,,

kasih,,,,

Kini kau telah pergi jauh,,
jauh dari kehidupanku,,,,,,
jauh dari duniaku,,,,,
jauh dari pandanganku,,

ku sentiasa berdoa agar kau tenang di dunia sana,,,
aku di sini akan tetap mencintai mu,,,
mencintai mu dengan cara yang berbeza,,,

Dan Bila Nanti,,,,

Saat embun mulai menghilang,,,
dan mentari memancar kan sinar nya,,,
aku berfikir,,mungkin kah esok kau akan mengenang,
segala kisah yang mungkin tak akan terlupa,,

Dan bila nanti cahaya mentari tak terlihat,,
dan bula nanti bulan enggan tersenyum,,
biar kan aku mengapai bintang di wajah mu,,
walau raga mu tak terlihat oleh ku,,

(,ptri manlita,)